XtGem Forum catalog
KISAH NABI IDRIS AS


arankula m0hon ma'af apabila ada kesalahan/kekurangan dalam menulis
Suatu ketika Nabi Idris
a.s telah dikunjungi oleh
Malaikat Izrail dan
bertanya Nabi Idris a.s
katanya: "Hai malaikat
Izrail, engkau dantang
ini untuk mencabut
nyawa atau untuk
menziarah?." Kata
Malaikat Izrail aku
datang untuk
menziarah dengan izin
Allah. Kata Nabi Idris
kepada Malaikat Izrail:
"Hai Malaikat Izrail, saya
ada keperluan dan
kepentingan
kepadamu" Kata
Malaikat Izrail
"Kepentingan apa itu?"
Jawab Nabi Idris
"Kepentingan
denganmu iaitu supaya
engkau mencabut
nyawaku dan kemudian
Allah menghidupkan
kembali sehingga aku
dapat beribadah
kepada Allah setelah
aku merasakan
sakaratulmaut". Kata
Malaikat Izrail
sesungguhnya aku tidak
akan mencabut nyawa
seseorang malaikan
mendapat izin Allah.
Maka Allah memberi
wahyu kepada kepada
Malaikat Izrail agar dia
mencabut nyata Nabi
Idris, maka seketika itu
Malaikat Izrail
mencabut nyawa Nabi
Idris a.s. Maka Malaikat
Izrail menangis atas
kematian Nabi Idris
sambil memohon
kepada Allah agar Allah
menghidupkan kembali
Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah
mengabulkan
permohonan Malaikat
Izrail, maka Nabi Idris
hidup kembali.
Malaikat Izrail bertanya
kepada Nabi Idris as.
"Hai saudaraku,
bagaimana rasanya
sakaratulmaut itu?.
Kata Nabi Idris a.s
"Sesungguhnya rasa
sakaratulmaut itu saya
umpamakan binatang
yang hidup itu dilapah
kulitnya (dibuang
kulitnya semasa hidup-
hidup) dan begitulah
rasanya sakaratulmaut
bahkan lebih seribu kali
sakit."
Kata Malaikat Maut:
"Secara halus dan
berhati-hati aku
mencabut nyawa yang
seperti itu selama-
lamanya." Kemudian
Nabi Idris a.s berkata
lagi pada Malaikat
Maut: "Hai Malaikat
Maut, saya ada
keinginan lagi dengan
engkau iaitu saya ingin
melihat Neraka
Jahanam sehingga saya
boleh beribadah
kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh
setelah melihat
belenggu, rantai-rantai
dan kala jengking yang
menyengat orang-orang
yang ada di Neraka
Jahanam." Kata
Malaikat Maut
"Bagaimana saya boleh
pergi ke Neraka
Jahanam tanpa izin
Allah".
Mala Allah memberi
wahyu kepada Malaikat
Maut dengan firman:
"Pergilah engkau ke
Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi
Idris a.s". Malaikat
Maut pun pergi ke
Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi
Idris kemudian Idris
melihat segala macam
seksaan yang diciptakan
Allah untuk musuh-
musuhNya yang berupa
belenggu, ratai-rantai
daripada neraka dan
kala jengking serta ular
dengan api-api yang
menyala dan kayu
zakum dan air yang
sangat panas untuk
diminum oleh ahli
neraka tersebut.
Setelah kembali Nabi
Idris berkata lagi
kepada Malaikat Maut.
"Hai Malaikat Maut,
saya ada keinginan lagi
dengamu iaitu saya
ingin melihat syurga
sehingga saya boleh
tambah meningkatkan
amal ibadah," maka
Malaikat Maut berkata
"Bagaimana boleh saya
bersamamu ke dalam
syurga tanpa izin
Allah." Maka Allah
memberi izin pada
Malaikat Maut untuk
pergi berdua dan
berhenti dekat pintu
syurga.
Maka Nabi Idris melihat
di dalamnya nampak
bermacam-macam
nikmat dan istana besar
lagi indah dan beberapa
anugerah yang
berharga, juga tumbuh-
tumbuhan serta buah-
buahan yang beraneka
warna dan rasanya
berbeza-beza. Nabi
Idris berkata "Hai
saudaraku, saya telah
merasakan sakitnya
sakaratulmaut, saya
telah melihat Neraka
Jahanam yang
didalamnya bermacam-
macam rupa seksaan
dan azab neraka maka
mohonlah engkau
kepada Allah agar Allah
mengizinkan saya untuk
masuk syurga dan
minum airnya agar
hilang rasa sakitnya
sakaratulmaut di
tenggkorakku ini dan
juga terhindar daripada
seksaan Neraka
Jahanam.
Maka Malaikat Izrail
minta izin kepada Allah
lalu mengizinkannya,
kemudian masuklah
meraka berdua ke alam
syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris
masuk lagi ke dalam
syurga dan meletakkan
seliparnya di bawah
pokok kayu di dalam
syurga. Maka Nabi Idris
berkata kepada
Malaikat Izrail "Hai
Malaikat Maut, selipar
saya tertinggal didalam
syurga di bawah pokok
kayu, maka
kembalikanlah saya
kedalam syurga," maka
Nabi Idris masuk
kesyurga dan tidak
mahu keluar lagi dari
syurga. Maka
berteriaklah Malaikat
Izrail memanggil Nabi
Idris agar keluar dari
syurga. "Hai Idris,
keluarlah engaku dari
syurga." Maka Nabi Idris
pun tidak mahu keluar
Allah SWT telah
berfirman "Tiap-tiap
orang misti merasakan
sakaratul maut, sedang
saya sudah merasakan
sakaratulmaut. Dan
Allah SWT berfirman
lagi maksudnya: "Tidak
ada diantara kamu
sekelian kecuali mereka
itu memasuki (neraka/
syurga) sedang aku
pernah memasuki
nerakan dan Allah pun
juga berfirman lagi
maksudnya: "Dan
tidaklah mereka itu
dikeluarkannya".
(keluar daripada
syurga).
"Siapakah yang
mengeluarkan saya dari
syurga" sedangkan
Allah telah memberi
wahyu kepada malaikat
Maut. "Tinggalkanlah
dia (Nabi Idris)
sesungguhnya Aku telah
memutuskan dia di
zaman azali dahulu
bahawa sesungguhnya
dia (Nabi Idris)
tergolong ahli dan
penghuni syurga."
Dan Allah telah
berfirman kepada rasul-
rasulNya tentang kisah
Nabi Idris dalam
firmanNya yang
bermaksud. "Dan
ingatlah olehmu cerita-
cerita dalam kitab Nabi
Idris a.s dan
seterusnya."


home arankula